Cabutan Bertuah..Please Click Here

MOH TAMBAH DUIT...KLIK & FOLLOW JER

Sini pun Boleh dapat hadiah misteri

Tuesday, November 9, 2010

KEK PISANG LEMBAB (VERY MOIST BANANA CAKE

Jeng...jeng akhirnya siap gak kek pisang aku...nmpak xmolek sgt kan .biasalah brub 1st time buat.kek pisang ni khas utk kawan ofis aku si Pella Fadzilah dan Fuziah Dahari. .kek ini lak aku copy dr blog abg Rozzan..Thanks dan minx izin paste yer dlm blog sy.Kek ini terhasil apabila aku nmpak ada pisang yg di lenyek oleh mak mertua aku dlm peti ais.drpd terbuang n berlakunyer pembaziran jd aku buatla kek pisang n bw kat ofis.Wlupun aku rasa rupanyer xsemolek org yg pandai buat tp alhamdulillah tetap boleh dimakan.jgn pandang rupa tau.pandang dalaman...hahhahhahha.


ni la adunan yg pertama aku dpat.ada lg satu aku mls nk amik gmbr sebab my hubby dah perli.hihiihhiih


Tara..nilah hasilnya kek pisang pertama aku buat.wlupun xmolek tp aku suka sebab dah berjaya buat.coklat tu saje je aku buat...mesti xpenah tgkkan kek pisang bercoklat...hahhahaha.kne giatkan usaha lagi utk buat yg akan dt.kat bawah ni aku sertakan resipi dr blog Abg Rozzan yg aku paste dan aku edit ikut cara aku sendiri.nk resipi asal leh g ke blog abg tu ek.

Bahan-Bahan :

250 g mentega
2 cawan gula
3 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek
2 cawan tepung (diayak)
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - aku xletak pun


Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.

utk toppingnyer lak aku masak coklat+susu+minyak.pastu tabur choclote rice...


Monday, November 8, 2010



My CHENTA--->ZAIRUL BIN ZAMIN

Entry kali ni saje je nk publish my hubby nyer pic.lgpun try game SKETCH YOUR PHOTO.saje try xde keje nk dibuat masa weekend.jd cuba game yg ada dlm fb setelah penat berkebun.AKu kenal my hubby masa belajar kat PUO.tau ke PUO tu mende.PUO tu short form kpd POLITEKNIK UNGKU OMAR.kira cinta zaman dolo2.setelah mengharungi ombak badai,ribut taufan,puting beliung akhirnya aku di ikat dengan tali pertunangan pd 16/11/2008 dan dinobatkan sebagai pasangan suami isteri pada 18/03/2010 dengan satu lafaz di masjid ar ridwaniah teluk medan perak.Semoga kami diberkati oleh Allah SWT dan dilimpahi rahmatnya.Amin.


Saat pertama bergelar isteri kepada suami.Semoga Allah memberkati kami berdua.

Semoga kekal hingga akhir hayat.
I LOVE YOU SO MUCH HONEY




Sunday, November 7, 2010

Pengalaman

Rasanya dah 3 hari aku xupdate aku nyer tempat bebelan ni kan. rasa rindu lak..korang tau sebab pe aku x menjenguk kat sini.yg pertama aku sibuk g kebun(farmville)hahhahhahha...yg kedua mak mertua aku dtg.yg ketiga laki aku gne tenet sebab g kebun gak..kuikuikui.

korang tau aku dapat pengalaman yg aku rasa leh wat bulu roma korang menggigil...cerita ni bukan nk mengaibkan sape tp memang membuatkan aku takut sebab xpernah nampak dengan mata kepala aku sndri.ni berlaki masa kenduri.cerita pasal pengantin perempuannya sebelum bersanding.

korang tau smpai 2 je kat tempat kenduri aku biasala mestila makan dulu.pastu dtg mak kenduri cerita kat my mother in law pasal anak die.aku dengar cerita bulu roma dah berdiri.makan terus xselera.mak mertua aku g menengok tp aku truskan makan sebab takut.Tp pas makan aku g tgk gak pengantin nyer.

Ya Allah mmg menakutkan aku.Pengantin nyer kne kacau ngan setan.pendek cerita kne rasuk.org kata ada org buat die.Sian aku tgk kakak tu,dah siap2 make up kne macam tu..Mmg sial la sape yg buat kat die.aku tgk kaki tangan die kne pegang ngan sedara mara die.Pastu salah seorang sedara die bacakan ayat suci al quran..lg meraung benda dlam badan die.

Tepat kul 1.30 ptg akak tu bersanding.semua org bimbang takut akan jd lag.Alhamdulillah berkat dr Allah WST tiada apa yg berlaku pada kakak tu.Semoga Allah memberkati pasangan pengantin tu.Amin.

Wednesday, November 3, 2010

Bengang Giler

Argh...mcm rasa nk menjerit jer...aku bengang giler ngan minah sorang ni...Ko ingat ko bos ker,ala bru jd exec belum jd bos dah perangai mcm ni..Dahla semua keje ko aku buat,ko nk minx duit pun aku yg buat...Hello ..duit ko nak ko buat la...ko ingat aku kuli batak ke.byk ag benda aku nk buat.tu keje bos2 lain aku nk kne buat jer..ko je lain pd diorg.semua xleh harap yang tahu makan jer.membesarkan bdn je.

Kali ni aku benar2 geram.ko nk bandingkan aku ngan org lain pasal pe..sory ek aku bukan jenis yg ko leh pijak pala.mulut aku mmg xde insurans..yg lain ada la insuran.huhuhuhu.Org lain tu terpaksa buat.asyik dnegar arahan jer.Dlam Job scope xde lak suh aku buat keje ko.buat keje bos ada la.AKu tolong tu kira bersyukur la ni x duk mengata.Eleh staff lain pun mengadu kat aku gak ...pasal keje...klu diam maknanyer biarkan org lain pijak kepala.Aku bukan jenis mcm tu.Klu aku rasa nk buat,aku buat..klu x jgn harap aku nk buat.

Ala ko ingat aku xtau cmne perangai ko...tgk gaya pun taula..xpaham aku ngan gelagat staff kat sini.semua nyer budget bagus pdhal non exec lg bgus dr korang.Duit byk pun klu asyik xcukup watpe.Mmg xsesuai jd bos pun ko ni coz mesti ramai xske..semua org dah tau perangai ko..Alhamdulillah pasni aku xde ngan ko.Tp dngan org lain yg xtau lg karenah nyer mcm mn.Mudahan aku berjaya dlm Intw esok.dah muak,bosan keje sini.Klu nk duduk umah takut bosan lak xde keje..hehehehheh


Putrajaya

pe brg entry kali ni.bukan nk citer hebatnyer putrajaya tp nk g tau esok 4hb nov aku de intw..so korang semua doakan aku tau...Semoga mendapat apa yg dihajati.amin

4 nov 2010
Alhamdulillah dah selesai intw.ramai gak yg di invite.xsangka kwan aku suraya pun dpt intw sama.mcm2 karenah aku tgk.Aku di intw tepat kul 12.30.ditemuduga 5 org skali masuk.yg intw 2 org perempuan.aku share sikit soalan2 cepumas yg kuar dr mulut intw:

1)Kenalkan nama penuh ada..
2)Ceritakan mengenai diri anda sekreatif mungkin
3)Kenapa saya perlu mengambil awak bekerja.Apa kelebihan awak berbanding calon lain?soalan ni kita perlu promote diri kita
4)kat mana tempat kita akan ditempatkan klu berjaya dlm intw
6)apa persediaan sebelum intw
7)nyatakan rukun negara...


ni soalan yg ditanya pd aku.


ok itu saja .Insyaallah klu ada rezeki ada la..

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

ni sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)



Tuesday, November 2, 2010

Susahnyer Klu Paksa diri suka benda yg xsuka

Entahla tetiba aku rasa entry arini semcm jer...xbest jer rini...tgk title pun dah tau aku dlm mood xberapa nk happy.Asyik pendam dlm hati jer ,makan hati la jawabnyer.Aku rasa macam hipokrit je bila aku paksa diri aku suka benda yg aku xske...bukan benci tp tidak minat.mcm org putih ckp not interested.

Bila aku berperasaan mcm ni,aku tau hati aku sedang bersedih wlupun riak wajah aku mempamerkan wajah riang.Tp smpai bila aku nk mcm ni.Aku leh hormat tp klu smpai satu tahap aku dah xleh kwal aku nyer emosi.

sedih,keciwa n mcm2 dlm otak aku...Hanya Tuhan yg tau

Bila GG Bongsu Sakit

Dah 2 hari gigi aku wat hal.sakit tul.nk makan susah,nk senyum pun susah .semua susah yg sng membebel je...hahhaha itu xdapat dipisahkan wlupun sakit.Bila nk ok nyer ritu bengkak gusi rini gg bongsu lak nk tumbuh.umur dah 25 pun bru nk tumbuh ek.ish...ish...

Hari ni aku mcm biasa la smbil2 wat keje layan fb nasib baikla xde game farmville.klu x keje aku xberjalan la...smbil tu study gak for intw ..Harap ada la rezki aku tahun ni.Selalu sgt dapat intw yg nk ada exp.susahla klu yg mcm aku fresh n xde exp bidang yg di intw.

Terasa lama lak wait kul 5 hari ni...sudah buhsan mengadap pc ni...naik juling mata aku.balik rumah nk kena masak.klu si Comot tu buat hal mcm semalam xtau nk ckp apa la...

Monday, November 1, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

Salam Ukhuwah..~

Facebook punya pasal

Saje je aku nk post entry ni sebab benda yg sma jd pada kawan aku.Harap tidak pd aku.Tp mmg Facebook ni boleh meruntuhkan masjid yg di bina wlupun atas dasar cinta...pe org ckp Tepuk sebelah tgn xberbunyi.Pd suami-suami yg berperangai mcm ni STOP la...die tu bukan HALAL utk kamu.bersyukur lah dengan apa yg Allah bg.Klu skali Allah Tarik nikmat yg diberi akan terloponglah mulutmu.byk pengorbanan Sang Isteri.Pada org yg post kat KRT harap bersabar.semua tu ujian dr Allah SWT.Allah tau yg terbaik utk kita.

Masalah #143: Suami main mesej sayang2 kat Facebook dgn perempuan lain

by Kisah Rumah Tangga on Tuesday, November 2, 2010 at 7:19am

Saya memang selama ini tak ambil kisah apa yang suami buat bersama kawan-kawannya. Dia keluar sampai pagi pun memang alasannya berjumpa kawan. Pernah juga beberapa kali tak balik rumah. Tengahari buta baru nak balik. Mentua pulak yang sibuk tanya. Bila dah selalu sangat kena soal,tiba2 satu hari tu,hujan lebat,saya pun bersangka buruk tentang suami. Entah apa yang dibuatnya. Dahla tak dapat call. Dahla tak balik. Hati risau tidak seperti selalu. Saya tepis segala prasangka. Entahla,cemburu ke,atau memang naluri seorang isteri. Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca mesej fb suami yang password yang dirahsia dari saya.

Entah mengapala akaun fb tu terpampang di depan saya. Mungkin tuhan nak tunjuk. Sedangkan saya bukak laman depan fb,tiba2 keluar. Saya beranikan diri membaca mesej di dalamnya. Masyaallah. Ada seorang hamba Allah ni yang hantar mesej sayang2 pd suami saya. Mcm2 la yang dia hantar. Hati seorang isteri memang sebak.. Perasaan nak tahu memang menguasai diri.. Ditanya pada suami,dia menafikan. Sampaikan saya yang kena marah. Sehinggalah suatu hari saya cari no hp prpuan tu. Saya tanya,ppuan tu juga menafikan..

Ppuan tu hantar mesej marahkan saya dlm hp suami saya. Entah siapa yg taip. Ppuan tu ka suami,saya dah tak dpt fikir lagi. Dah blaku pgaduhan,saya pula yg tpaksa pujuk suami yang dah melenting mcm org hilang akal. Apa yg saya fikir masa tu,anak 2 org kt depan mata. Saya tpaksa bjanji dgn suami utk tidak menyiasat lagi. Tapi,hati saya tetap bdendam sehinng ke saat ini thadap tindakan kedua-duanya.

Bila saya ingatkn kisah ni,air mata saya mengalir lagi.. Tengah menaip ni pun mengalir juga air mata.. Tak tahu nak diluahkan dengan siapa.. Saya hanya bserah kpd Allah sahaja jodoh kami. Tapi saya tlalu sayangkan suami saya. Semua kehendaknya saya ikut..

Apakah wajar yang saya lakukan? Apakah jalan penyelesaian yang harus saya ambil. Saya mohon nasihat dan dorongan....

Nota: Hidup tertekan? Stress? Tak tahu nak luahkan pada siapa? Anda ada masalah dan gangguan emosi? Luahkan ke kisahrumahtangga@gmail.com. Kami akan siarkan di KRT dan dapatkan pandangan dari pembaca. Identiti anda akan dirahsiakan.

· · · Share
  • 49 people like this.
  • 50 of 66
    • Zulhusrey Badrey kalau nak siasat, siasat dlm senyap...bile dah ada bukti kukuh...cth;keluar dari bilik hotel bersama-sama...time tu nak mengamuk pun tak pe...biar laki tu insaf...
      2 hours ago · · 2 peopleLoading... ·
    • Gadizzjohoe Ain sepatutnya x elok dan elakkan..sb manusia ni kt x tau hati masing2 terutama yg lain jantina...kalau alasan sekadar gurauan x leh diterima..elok ingatkan diri dah bernikah
      2 hours ago · ·
    • Fiza Rock kadang kala kesalahan dilakukan di bwh minda sedar..sbb kepala da serabut dan tak dapat berfikir secara rasional..ini yang selalu berlaku..sbb tu d;dm keadaa apa sekali pon kita ..teach ur mind to be ready..sebb semua pinjaman drnya..sekalipon suami dan anak2...kita yang merancang..tapi perancangan tuhan mengatasi segalanya...BE PREPARED..THATS BETTER...SO WE DIDNT LOOSE FROM THE PATH..
      2 hours ago · ·
    • Fazidah Mahzan
      siasat b2tul...dptkan bukti baru serang...lelaki mmg kebiasaannya akan menafikan...sbb x de bukti...setakat ppuan tu yg anto mesej...dia akn kata x tahu...kecuali kita dpt tngkap dia sekali atau mesej2 yg dia anto kt ppuan tu...rasanya bleh... cek balik dlm fb...itupun kalo dia x delete...lelaki yg bijak akan delete....lg2 bahaya..kalo2 ppuan tu dulu ex girfriend l ke...mmg kena pantau btul2...saya pun brckp dr pngalaman...dpt tahu lbih awal lbih baik sblm dia trpesong jauh dr landasan sbnar....dan jgn ambil remeh benda mcm ni...sbb lelaki ni pantang kita leka skit...mmg akan ambik kesempatan...See More
      2 hours ago · · 4 peopleLoading... ·
    • Sham J-batt Btol tu...kono la siasat dulu manolah tau adik dio ko//sepupu ko...makcik dio ko.....he3....mcm2 ada....
      2 hours ago · ·
    • Hafidz Asha Salam..dr hamba ALLAH,kpd hamba ALLAH..apa yg berlaku anggplh dugaan drNYA..sbgai isteri harus taat pd suami,kpd suami sayangilh isteri dan anak2 kerana keduanya adalah anugerah..kuatkan semangat tabahkan hati,jgn sekali2 lalai pd suruhanNya,berdoalah mohon kpdNya agr dberi ketenangan hati.. ALLAH MAHA BERKUASA DIATAS SEGALA YG BERLAKU
      2 hours ago · · 4 peopleLoading... ·
    • Satini Yusak Tini betul tu sy sokong...........ape2 pun siasat n berbincang baik2..mesti ada penyelesaian...
      2 hours ago · ·
    • Nani Cukun mmg aku benci ngat ngan laki mcm nih...
      2 hours ago · · 3 peopleLoading... ·
    • Ismail Ali jika benar si suami salah,mengaku dan minta maaf lah.jgn ulang lagi.kecian kat isteri tu.pelihara lah dia.amanah allah kat kita.
      about an hour ago · · 3 peopleLoading... ·
    • Sharifah Noreen Syed Azman siasat??? xpyhlah,dh terang lg bersuluh!!! angkat kaki jln daaaaaaaa..........jntn mcm tu menyusahkan jek....
      about an hour ago · · 3 peopleLoading... ·
    • Lilaj Nikisaron laki mcm ni xperlu disayang2..melayang je..
      about an hour ago · · 1 personLoading... ·
    • Silver Saturn yup... saja carik penyakit... aper yg dicari x tau la... pentingkan diri sendiri... nak hidup dia jek yg seronok.. hidup isteri, perasaan isteri x pernah nak pikir... yg pempuan tue pun satu.. gatal ngat nak layan laki org kenapa? dh x dek jantan single lg ke kat kuar tue?! kemaruk sgt dh nak berlaki? x payah la baik hati sgt nak merawat hati laki org yg sunyi tue... drama jek.. buaya darat mmg mcm tue perangainyer... bodos!!.. huhu.. emo pulaks pg2 nih.. :p
      about an hour ago · ·
    • Mas Me'amor lelaki kadang2 ego tinggi tu yang boleh wat mcm2 kat istrie........ bila ditanye mula la mcm2 alasan.....
      about an hour ago · · 1 personLoading... ·
    • Silver Saturn
      hampeh! aper yg di cari x tau la.. saja cari masalah.. hati dia jek yg nak seronok dan gumbira.. hati isteri, perasaan isteri x pernah nak pikir pun.. yg pempuan tue pun satu.. sibuk ngat nak layan laki org naper? awk tue bagus sgt ke? kema...ruk sgt dh nak berlaki? mcm dh x dek lelaki single lg kat luar tue... x yah la baik hati sgt nak melayan hati laki org yg sunyi tue... drama jek tue.. buaya darat mmg mcm tue perangainye.. eii.. geram tul!!
      emo pulak pg2 nih..
      See More
      about an hour ago · · 1 personLoading... ·
    • Khalid Amin Adat la tu suami ade pmpuan lain, sama ade dia serius atau tidak brgantung pd dia... Klu isteri ade lelaki lain tu prob...
      about an hour ago · ·
    • Meiry Yusof setuju dengan MMA...lelaki ego tinggi...dah kena kantoi pun..masih lagi hidung tinggi mcm burung kakak tua...bila diberi kepercayaan...kepercayaan kita di salahgunakan...kita nak jadi jahat pun salah...jadi baik pun salah jugak....habis kita di posisi yang mana?
      about an hour ago · · 2 peopleLoading... ·
    • Zuezu Beida Noor memang malang daopat laki mcm tu,...
      about an hour ago · ·
    • Anggerik Desa sy juga mengalami perkara yg sama....malah lebih teruk lg..........tp bila melihat wajah anak2 yg meningkat remaja...sy tabahkan hati...supaya anak2 dpt membesar dgn baik...sy beri peluang kedua padanya.....mg dia insaf....sy banyakan zikir,membaca yasin setiap kaliselesai solat..hati sy tenang sedikit...dekatkan diri padaNYA....
      about an hour ago · · 4 peopleLoading... ·
    • Mas Me'amor istrie selalunye nak wat yang t'baik untk suami..... tapi si suami nie suka2 nak uji si istrie ngan mcm2 cara....
      about an hour ago · · 1 personLoading... ·
    • Aida Ramly panggilan "Sayang, Hun, Sweetheart, Baby" or yg sekutu dgnnya .. adalah hak isteri.... jika suami dh berani panggil org lain dgn panggilan tu.. biar dia jawab kat akhirat esok coz hidup ni xkan lama mana, kini sudah akhir zaman.. maut semakin hampir dgn kita.. banyakkan solat taubat / hajat / isthiqarah agar ALLAH beri petunjuk dan permudahkan urusan kita di dunia/akhirat.. Allahualam.. Sabar juga kunci segalanya.
      about an hour ago · · 5 peopleLoading... ·
    • Siti Hadejah
      Kalau anda sayankan suami anda, buatlah solat hajat mohon pada allah swt agar suami anda berubah menjadi suami yang baik...soal jodoh biar allah swt saja yg tentukan...jgn sekali kali anda membalas akan perbuatan nya terhadap anda....yg bai...k dtg dari allah swt yg buruk adalah dari perbuatan kita sendiri...ini ada lah dugaan dari allah..kita ni manusia biasa kekadang tercuai sedikit..bila dah jadi perkara bergini bermuhasabah lah ...dekatkan diri pd allah swt...
      banyakkan zikir dan solat hajat insaallah allah swt akan bersama anda...
      See More
      about an hour ago · · 3 peopleLoading... ·
    • Ezdiani Samsuddin setiap sebuah perkahwinan tu mesti ada dugaan yg ALLAH berikan..Dia cuma nk uji peganggan kita,sama ada kita rapuh @ x? samada kita mudah hanyut @ x? ALLAH akan memberi dugaan pada semua, tp yg pastinya dugaan itu mampu kita lalui,cuma kita yg tidak sedar semua yg berlaku pasti ada hikmahnya.Manusia memang dilahirkan xsempurna,sediala terima kekurangan pasangan kita.Baik dibalas baik,jahat jgn kita balas jahat.
      about an hour ago · · 2 peopleLoading... ·
    • Sharifah Nurul Azwa ya allah...keciannyer kat awak..sya memahami sumer tue..takde org nak mengaku dgn perbuatan sendiri..sy pernh mengalaminyer...tp alhamdullilah suami mengaku sume tu..tp pompuan tu..hmm..sye taknak ambik tau..biarla die dgn dunia die..sbb die akn rse jgak nanti...itu mgkin dugaan utk kite..ape yg pnting anak2 shaja n kasih syang tu msih lg kuat..kalu takde anak dah lame angkat kaki....kalu hidup terseksa buat ape lah...tp kite kuatkan diri dgn mndekatkn diri dgn ALLAH s.w.t...
      about an hour ago · · 1 personLoading... ·
    • Ruziah Kusni bahaya ni.......
      about an hour ago · ·
    • Wan Haryani Fauziah
      mmg ada perempuan yg join fb ni nak memikat suami org dan mmg berhati busuk.....saya pun dulu penah terkena mcm awak ni.....saya x de ckp baik2 dah...mmg saya maki hamun pompuan tu, mcm2 saya panggil....dot...dot...dot tu sume keluar la........dia boleh plak mengadu kat suami saya yg saya ni marah dia...dia ingat suami saya nak backing dia tp suami saya diam je.....so, paham2 je la kan....lepas tu lg la sedap saya maki hamun....dah la kacau suami org, nak laga2kan kita suami isteri plak....dia tu dah la org luar.....pompuan kalo dah bangsa mengganggu suami org ni mmg jahat....saya pun perasan dlm friend list dia semuanya lelaki je...habis kawan2 suami saya pun dia nak kacau gak.....mmg saya boleh buat cool dan rilek tp pompuan mcm gini mana reti bahasa.....kalo kita plak dok merayu dgn dia supaya jgn kaco suami kita lg la dia suka....kalo kita hamun pun dia dendam kat kita...lantak la...ati dia yg sakit....apa2 pun skang saya dah paham nature lelaki....kalo dia ada isteri tp dok layan pompuan lain sebenarnya suka2 je...pompuan luar tu yg perasan....dia sorok dari isteri sbb takut isteri kecik ati dan marah...think positif...dia sayang kita sbb xnak kita terluka....yg pompuan tu plak, kalo suami kita terus-terang ada isteri, sayang isteri...xkan x paham2 lg.....maknanya awak tu mcm barbie doll jek sbb apa, dia x kisah pun awak tu sakit hati sbb tau dia ada org lain dan sayang org lain.....pk sendiri la.....hati isteri dijaga tp hati gf x dikisah pon...yg dia dok kata sayang kata cinta tu pembohong je....lelaki kalo dia sayang seseorang dia akan jaga hati org tu....tulah sebenarnya nilai seorang perempuan di mata lelaki.....so, isteri2 yg dikhianati, selagi suami x terang2 mengaku ada affair tuh maknanya dia sgt sayangkan kita, jgn sedih sbb mmg kita fikir kita ditipu tp yg baiknya kita tau dia jaga hati kita....biarlah pompuan2 yg sanggup jd mainan tu dipermain2kan.....bila ada org cuba merebut kasih suami kita sebenarnya org tu punya kekurangan berbanding kita sbb tu dia cuba merebut apa yg kita ada sbb hidup dorang menyedihkan....x de org nak buat bini sampai sanggup amik laki org....wanita yg hebat adalah wanita yg punya segala2nya tp cuba direbut oleh org lain.....tp wanita yg suka merebut hak org ni adalah wanita terdesak yg dengki dgn kebahagiaan org lain....so pada pompuan yg perasan hebat sbb bleh amik laki org tu sedar2 diri la ye sbb hakikatnya anda adalah wanita terdesak.....huhu...sgt kesian....See More
      about an hour ago · · 3 peopleLoading... ·
    • Mirahassan Husain Pucuk pangkal hati 2.....
      about an hour ago · · 1 personLoading... ·
    • Mariana Syed Idrus
      ituler kite pompuan kengkadang naluri hati tu kuat mengatkn sesuatu tp terpaksa beralah bile mengenangkan ank2 n rumahtangga...yg saya pelik owg lelaki ni saya tk kata semua bila perkara sudah dpt dikesan pun masih nk menegakkan benang yg b...asah menidakkan perkara yg benar ada tuh siap menangis2 menafikn lagi...sampai si isteri plak yg fening pikir dia ker yg terlalu cemburu atau cepat menuduh ker mcm2 ler......jd jln terbaik berdoa la bnyk2 supaya perkara yg benar akn terungkai juga....sesungguhnya benda yg tak baik sampai bile bole ditutup dan doa owg teraniaya mmg akan dimakbulkan....See More
      about an hour ago · ·
    • Zhaa Fier maaf ye ,saya rasa perlu di siasat dulu baru kamu ambil tindakan ,biar si suami tak pandai mengelak lagi dan menyadari kesalahan nya ....
      about an hour ago · ·
    • Tun Teja something wrong in somewhere dear...org yang merasakan dirinya salah akan berusaha untuk mempertahankandiri sendiri...
      about an hour ago · · 1 personLoading... ·
    • Louisa Mourice Mourinsiew
      Kesian awk.suami yg buat salah awk plak yg mengalah.klu aku, aku kerat muka pompuan tu bru tau x menggatal ngan suami org.huh..dlm situasi ni awk jgn mengalah..awk isteri awk ada hak atas suami awk.awk bekerja?klu ada kerja, ada masa depan.....baik tinggalkn je la suami awk tu.bkn cerai maksud saya, berpisah sementara waktu..biar dia rasa yg dia perlukn awk & ank2...
      klu selama ni jarang duduk rumah, sekali dia balik anak bini x da di rumah mmg confirm dia risau.jan la fikir tentang keizinan suami x da x ble keluar rumah, berdosa..klu kita asyik fikir semua tu mmg suami akn selalu la buat maksiat di luar...bagi dia pengajaran sikit.
      See More
      about an hour ago · ·
    • Wan Haryani Fauziah yakinlah...selalunya bangkai gajah ni mmg x bley tutup dan naluri seorang isteri selalunya betul.....kalo dia x ngaku tu biar je la sbb lama2 dia akan sedar...lelaki ni buat perangai smp mana sgt....byk yg saya jumpa ni affair kejap jek..dia dah boring dgn pompuan tu dia blah la....x laratnya dorang nak sara isteri ramai2.....
      about an hour ago · ·
    • Mas Me'amor kalau disiasat pun tak ngaku juga nak wat camne...... katanye hanya teman dalam fb..... tapi siap syg2 tu ape kes........
      about an hour ago · · 1 personLoading... ·
    • Hisdawati Ishak
      saya nasihatkan puan banyakkan membaca buku motivasi dan surah2 tertentu... bila hati tak tenang syitan akan mencucuk kita dengan bermacam2 hasutan dan prasangka...mybe suami puan just kawan2 je prmpuan tu yang lebih2.. orng lelaki kalo tak... gatal bukan lelaki namernyer...so puan kena kuatkan hati puan.. kita jgn tujk lemah dan cmburu kita pada mereka just buat tak tahu n puan kena tunjukkan pada suami puan boleh hidup tanpa nyer.. dalam buku motivasi membina hati yang bahagia banyk madah2 dan panduan tk isteri ikuti.. insyaalh puan akan rase lebih bersemangt dan tidak lembik...See More
      about an hour ago · · 3 peopleLoading... ·
    • Rohati Soha xberbaloi nak bals sikap suami...last2 kita juga yg merana..Allah de n Dia lah seadil2 pemberi balasan...time suami sejuk..ajak bcg..time tu nak lps geram lps la..nak ngamuk ngamuk la...nak mrh suami time dia sejukla..mintak pnrgan dia..klu sesekali kita mrh2 suami cuak jugak sbnrnya..n damai semula...sy dah buat yg bls2 ni...langsung x bbaloi..
      56 minutes ago · ·
    • Niew New Jgn ikut hasutan2 'org2' yg suruh puan balas tindakan suami.. Puan perlu lebih byk berdoa dan bersabar.. Allah Maha Mengetahui..
      55 minutes ago · · 1 personLoading... ·
    • Siti Hadejah Ya Allah, yang berkuasa memudahkan semua kesulitan, yang berkuasa menyatukan yang bercerai berai, yang berkuasa memberikan kekuatan bagi yang lemah dan menjadi sahabat bagi yang sendiri, mudahkanlah semua kesulitan kami karena bagiMu memudahkan yang sulit adalah mudah.
      54 minutes ago · · 2 peopleLoading... ·
    • Zol Hasni Md Nuri
      Yang cadangkan supaya isteri pun buat perkara sama tu.. bagus sangatlah... kalau ada yang mengikut nasihat anda nanti... banyak untung tu... share saham maksiat kecurangan isteri.. huhuhu.. kalau seribu orang yang buat.. dapat 1000 saham do...sa isteri curang kerana suami dia buat perkara sama... Nasihat saya buat empunya masalah... bertawakkallah kepada Allah... perbaiki diri agar jadi lebih baik walaupun rasa dah cukup baik... dekatkan diri dengan suami.. banyakkan berdoa didalam sujud... buat solat hajat... Insya-Allah Tuhan itu maha mendengar rayuan hambanya... terutama diwaktu sepertiga malam... wallahu a'lam.See More
      54 minutes ago · · 1 personLoading... ·
    • Aznoy Az naluri isteri mmg kuat kdg2 ada yg btul kdg2 sbliknya..cuba puan bw brbincang time keadaan dia nga cool tny dia elok2..puan xleh ikut shj khndak n tima semua apa yg dia buat sampai bila pn harus pndam dlm hati..puan kn brtrus trg dgn suami..insyALLAH dia akn sdr..
      54 minutes ago · ·
    • Azizan Zizan Azizan cara kamu tu betul siasat apa yng berlaku pd suami. mna ada isteri yng sangup kasihnya dimadu apatal ladi main sayang2.nasihatkan suami cara yng terbaik. lihatlah anak2 masih kecil lg. untuk apa mencari cinta,kasih sayng di luar.bukankah menambahkan masaalah. suami tak jujur dlm perhubungan kamu. yng penting kamu sabar ingat dimana kamu berada.pulihkan hubungan kamu... insyaallah suami akan melupai perempuan itu..
      51 minutes ago · ·
    • Fazidah Mahzan mmg kbiasaan suami..bila ditanya alasannya...saje2 je suka...bkn ape pun....senang je ek...alasannya...cuba la kalo bininya yg buat cmtu....perghhh....silap2 dh lama ditgn kan...x pun diceraikan...btul x...lelaki oh lelaki....x tahu ape lg yg dicari...
      51 minutes ago · ·
    • Schanour Dianza
      itu la jantan..lau dah wat x ngaku..bila dah kantoi nak mengamuk..nama je jantan tp otk sempit mcm udang bodoh ..!!!!
      dah tau ada bini dpn mata gatal melayan pompuan len..
      jatan ni lau dah berumur sepatutnye makin tua makin bijak befikir mak...in matang pemikiran bukan makin bodoh sempit pemikirannyer....
      sis..,bersabar k..teruskan penyiasatan anda..kumpul semua bukti..bila u rasa semua bukti dh cukup lau u nak meletup u meletup je...
      wat ms ni wat biasa je wat mcm u dah minta maaf kat dia..tp dlm ms yg sm u siasat semuanye k...
      good luck dgn penyiasatn anda...
      See More
      48 minutes ago · · 1 personLoading... ·
    • Amza Pumpkinz ‎4 me la kan..xbole la salahkan sebelah pihak cz klu xtpok tgn same2 xkn bunyi...pendekkan je la cite...ssape da bini owg,jgn gatal2 nk bsyg2 dgn owg len n ssape da jd laki owg tu sdiri mau ingat la..klu rs da kaye sgt..makan mnum anak bini da btol2 bole bg cukup malah lbh lg..ha nk bsyg2 tu lantak la..kne la jg ati psgn masing2...n bg yg bujang2 plak jgn mudah sgt klu owg bsyg2..kaji dulu..jgn pakai layan je..pk kan kesannye kt owg len tu..kne pull n push la..
      47 minutes ago · ·
    • Mazni Md Yusof dlm hal ni msti la.. sayangi dri sendri t'lebih dahulu...
      47 minutes ago · ·
    • Hazlifadzila Binti Abdullah Allah itu Maha Mendengar,bykla bersabar n berdoa kerana doa org yg teraniaya cepat dimakbulkan Allah. slow talkla dgn suami.... biaselah ade jenis org yg buat salah,biler tembelangnyer da pecah, dia akn marah kiter balik utk tutup kesalahan die tue....biar kiter rase bersalah...
      39 minutes ago · ·
    • Habibati Nours
      jgn balas apa yg suami puan buat tu mmg x bbaloi, sebab kita bukan mcm dia. ini mmg dugaan Allah utk r/tangga puan...so 1st thing in mind puan mmg kena bdoa bebanyak pd Allah, Allah tu Maha Adil & Bijaksana...mmg ada balasan setimpal utk ap...a yg dia buat tu...dan satu lagi Puan kn pkir yg puan isteri ada 100% haq ke atas suami tu dan masa ni lah puan kena gunakan bijaksana dlm jlnkan t'jawab sbg isteri dan ptahankan haq puan tu, jgn puan biarkan pompuan tu effect puan..mmg hati tu akan sakit/ sedih tp mmg puan kena tabah...Insyaallah lepas ni bila suami puan flash back mmg dia rasa serugi2 nye mduakan hati isteri ni ...See More
      39 minutes ago · ·
    • Hariza Othman biasa la tu...nama pun orang lelaki....LUMRAH KEHIDUPAN!
      37 minutes ago · ·
    • Noor Mokhtar biarkan je tgok smpai mane die bole buat mcm tu...lame2 bile dh penat die akan berentilah...ha ms tulah die akan kne dgn kite...
      32 minutes ago · ·
    • Plipo Jaya release tension aje haha sekali sekala ok lah
      24 minutes ago · ·
    • Fida Ahmad lelaki mmg susah nk ngaku salah .... salah mcmane pun dia tetap x ngaku .... tu yg payah... si isteri lak kena pujuk .... eerrmm ... klu 1st time maybe kite blh maafkan .. klu dah 2nd, 3rd ... apa kes ... nk maaf ke ??? ...
      21 minutes ago · · 1 personLoading... ·
    • Cik Anne teruk nye guy mcm yu xleh nak bawak bincng.. xakan selesai la jwpnye masalh ini..
      about a minute ago · ·

Tengok sini juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...