Cabutan Bertuah..Please Click Here

MOH TAMBAH DUIT...KLIK & FOLLOW JER

Sini pun Boleh dapat hadiah misteri

Tuesday, May 31, 2011

Clearance STOK..Must Grab


Please Grab Me!!!!!
BELOW RM30 ONLY !!!!!!
(Exclude Postage)


Wallet D & G RM 30 (White)
Wallet Gucci RM 30 (brown)
Wallet Gucci RM 30 (Cream)
Wallet Guess RM 30 (Chocolote)
Wallet LV RM 30 (Black & Red)

BELT
All RM 15 ONLY!!!!!!





Handbeg LV RM 70

Monday, May 30, 2011

Marahkan Nyamuk,Kelambu dibakar

ni pepatah melayu yang sesuai sangat bg masalah yang berlaku hari ni...hehehheh.apa masalahnye hanya aku,dia dan kamu jer tau...tp mmg sangat2 kelakar.aku rasa mcm xbape matured utk orang seperti tu...nk tau kisahnya??hehehehheh..xpayah la..watpe nk di cerita benda yang lepas kan...so kita ni kalau apa-apa yang kita tak suka jgn tunjuk pada orang.sesungguhnya itu melambangkan keperibadian diri kita..

N3 diri aku arini
pening pala sangat-sangat.rasanya penangan lamb chop yg aku makan kat selayang..itu mmg port aku laki bini makan steak...bukan saja sedap tp murah dan yang penting banyak.sungguh berpuas hati tau.so sape2 yang suka makan steak eloklah ke situ...bak kata celcom BERBALOI-BALOI..

Mlm td jugak aku cepat2 makan sbb nak tgk MENTOR..kedai Steak tu xde TV.mayb motif die bak kata laki aku xnak orang duk sana melepak 2-3 jam tp order air suam jer...hahhahha...mcm laki aku gak la. klu p tgk bola kedai mamak lagu tu la caranya.sekian utk hari ni...sbb pala aku pening ag.utk n3 esok akan di pkrkan...hahhahah..tata sudah habis waktu keje.dan esok aku ada appointment ngan Doctor Ortho kat PPUM.

Sunday, May 29, 2011

Tungku Elektrik

Inovasi terbaru tungku.

TIDAK PERLU LAGI batu sungai.

TIDAK PERLU LAGI letak air panas dalam botol!!

Bertungku menggunakan batu atau botol air panas amat berisiko jika tidak dilakukan dengan cermat.

Batu sungai perlu dipanaskan dengan berhati-hati, kerana jika terlalu panas, batu boleh pecah. Ia memakan masa yang lama untuk dipanaskan dan perlu dipegang dengan baik kerana jika jatuh, lantai boleh pecah dan badan boleh sakit (jika jatuh atas badan). Tapi masalah yang paling utama ialah,

MANA NAK CARI BATU SUNGAI?

Bagi anak dara/wanita yang senggugut, amalan biasa ialah letakkan air panas dalam botol, kemudiannya diletakkan di perut. Bagaimana bagaimana kalau air panas tumpah ke atas perut?

Sebagai alternatif, gunakan TUNGKU ELEKTRIK - inovasi terbaru tungku yang sangat baik untuk kesihatan sekeluarga.

wwwwwwMudah digunakan - dipanaskan menggunakan elektrik
Cepat - kurang 10 minit untuk dipanaskan
Mudah dibawa ke mana-mana
Kepanasan bertahan selama 3 – 5 jam
Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi air garam dan gel


SESUAI UNTUK

wwwwwwWanita bersalin
Mengeluarkan angin
Mengurangkan lenguh (sendi, lutut, pinggang dsb)
Melegakan sakit badan (leher, bahu, belakang dsb)
Melegakan sakit senggugut
Memanaskan badan
Memecahkan lemak
Mengurangkan masalah perut kembung


CARA-CARA PENGGUNAAN

Caj tungku sehingga lampu terpadam secara automatik.

Kemudian letakkan tungku pada bahagian badan.

Terdapat Pelbagai Corak Pilihan!!


Corak Terkini Dengan Kain Yang Lebih Berkualiti!!

HARGA

Hanya RM35 RM30 sahaja!
(tidak termasuk kos penghantaran)

Kos Penghantaran
Semenanjung Malaysia : RM10
Sabah / Sarawak : Bergantung kepada kawasan

Wednesday, May 25, 2011

Berhati-hati Melawat orang meninggal

Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami

tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

Pati Ikan Haruan Polleney

teng...teng.....hari ni aku beli pati ikan haruan Polleney utk bg luka bekas operation cepat sembuh...bila aku search dalam tenet semua ckp rasanya mmg xtercakap ...boleh muntah diorg kata..byk cara nk minum nya..ada yang kata suh minum pastu terus minum milo.minum kat depan singki la sng nk muntah...tapi aku ikut yang cakap minum tanpa tarik nafas telan pastu minum air suam...jadi aku xterasa dan tercium pun baunya....hahhahahha..sng kan..diorg kata hanyir..aku xcium pun...fokus pada minda minum utk baikkan luka dan dalam masa yang sama untuk parut..jadi 2 in 1..
inilah dia kotak pati ikan haruan Polleney..beli kat guardian..harga die rm35.90 tp masa aku per tengah less 15 %.jadi harga nya rm30.50...dalam kotak besar tu ada 6 lg kotak kecik yang berisi seperti gambar dibawah..comelkan bekas nya...dalam kepala aku dah pk klu dapat kumpul banyak2 boleh gak dibuat hiasan...hahahhahahah

Monday, May 23, 2011

McDonald buy 1 free 1


hari ni mahu mkn mcChicken ...buy 1 free 1..camnelah aku nk berpantang makan nih...asyik kuar mende sedapnyer....harap bekas operate aku baik cepat la...ritu dah termakan telur...(sape suh hubby buat murtabak maggi pastu dibiarkan atas meja) confirmla aku terliur..huuhuhuuhu...smlm la cik Siti blanja aku makn KFC ..mmg aku bedal la...tup tup hari ni dapat kupun MCD...ooooohhhh cobaan...korang nak gak ker...if nak print la sbb dlm tu dah ckp print black & white dibenarkan....Tp setiap sorang hanya boleh buat 1 transaction...(ada aku kesah) ..hahhahah p la mana-mana Mcd bukan die cam pun kita...hahahhahah


Sunday, May 22, 2011

Kalau tak suka pulangkan!!!!!!!

kalau tak suka, pulangkan...

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.


“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.










Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.


“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.


“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.


“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.


“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.


—————————————————————————-


“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.


Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.


” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!


Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.


“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”


———————————————————————————-


“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?


Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.


———————————————————————————-


“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”


Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.


“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.


Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.


“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.


“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.


Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.


———————————————————————————–


“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.


Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.


Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.


Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.


“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”


—————————————————————————————————-


“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”


Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.


“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.


“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.


“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..


“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.


Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.


Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

Wednesday, May 18, 2011

15/05/2011-16/05/2011

nampak x pe kat bawah tu..huuhuhuuh aku admit kat spital..huwaaa sangat takut...tp aku kuatkan semangat sbb nak buang pe yang xperlu..wlupun doctor ckp boleh je xbuang tp aku tetap nak buang.so ni experience aku kali pertama tido di spital...patient sebelah aku nama nyer munirah.berusia 15 tahun...die lagi kesian sebab lemak di belakang badan nya adalah lemak hidup..bila disentuh die akan membesar dan juga akan menyebab kan die sesak nafas.semoga die cepat sembuh.

hari pertama di hospital dr puven amik darah aku.saat yang aku paling takut.aku pejam mata rapat-rapat.dr puven suruh aku genggam tgn die..mmg aku rasa aku genggam kuat...darah aku berjaya dikeluarkan tp yang xbest darah aku cair smpai laju jer keluar sebelum doctor sempat amik...so jatuh kat tilam aku.maknenya mlm ni aku tdo cadar yang kena darah..huuhuuhuh

nampak x dr puven lukis pe kat lengan aku..itula lemak yang aku nk buang.wlupun xnmpak tp aku tetap nk buang.nama nyer lipoma.doctor ckp ini xbahaya dan bukannyer kanser sebab yang ni berlaku sbb tisu lemak ternaik ke atas.xtau sma ada dr pemakanan atau apa..tak dpat dipastikan.

tp doctor azura dah pesan pada aku risiko aku pas operate adalah akan dapat parut...sbb klu tengok dari parut BCG aku die kata badan aku parut senang hinggap dan xmudah hilang...ohhhh my god.tp xpelah parut pun parut la.janji benda tu hilang.aku dah amik pic after operation tp xdpat nk tunjuk ag sbb aku sexy..hahhahhaha.untuk mengelakkan parut kawan aku iaitu shima syorkan aku krim pati haruan..

inilah dia kri pati haruan.kebaikannya adalah :

1) Digunakan untuk menghilangkan jerawat dan melicinkan kulit muka.
2) Digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka selepas pembedahan
3)Digunakan untuk ruam lampin dan gatal-gatal kulit
4) Digunakan untuk kulit yang melecur akibat terkena api atau air panas
5)krimnya kurang berminyak kerana ia berasaskan air , sesuai untuk semua jenis kulit
6) amat sesuai untuk luka selepas pembedahan bg penyakit kencing manis
7) membantu untuk menghilangkan parut baru dan mengurangkan parut lama


Hasil Kajian Membuktikan Bahawa:
Ikan Haruan membantu proses penyembuhan luka dengan menolong di dalam pembinaan semula kolagen.

"Channa striatus, yakni ikan Haruan, didapati membantu penyembuhan luka di bahagian derma kulit..."
Saringat Hj.Baie dan K.A.Sheikh
`The 18th Pharmaceutical Technology Conference and Exhibition, Royal Dutch Jaarbeurs Conference Centre Uttrecht, The Netherlands`.


"Ekstrak dari ikan Haruan boleh menyembuhkan luka dengan cepat, melegakan kerengsaan minor pada kulit dan menghilangkan parut..."
Saringat Hj.Baie
The Star (5 Julai 1999)

"Krim Haruan sangat efektif kerana ia menghasilkan kepekatan lokal yang tinggi pada tempat berlakunya proses penyembuhan luka..."
Dr. Rajen. M
The Sunday Star (21 Mac 2002)


Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia MAL 20000555T

lupa aku nk cakap ada seorang patience tu cakap aku jer org pertama yang die nmpak lepas operate senyum...u all nk tau pe rahsia nya...hahahhahhaha aku ni jenis penakut tp klu sakit aku leh tahan...sebab operate aku bius satu badan...xrasa apa...even pas operate aku xpening dan juga xmuntah...aku hanya tau time tu aku lapar..huuhuuhu...maklumla kne puasa,,,kelakar kan....

Tengok sini juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...